salawat serta salam kerana terbitnya blog yg telah lama aku idamkan,untuk meluahkan segala hasrat hati dan pandangan jiwa bila melihat warna2 dunia..



25 Disember 2011

90 mata bergelar juara

 PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini menetapkan sasaran mengumpul sekurang-kurangnya 90 mata bagi menjamin gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi milik mereka.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, skuad The Citizens itu sudah mengumpul 44 mata untuk berada di persada liga, diikuti Manchester United yang kekurangan dua mata untuk di tempat kedua.

“Seandainya kami mahu memenangi trofi EPL, 90 mata diperlukan bagi mengesahkan gelaran kerana United turut mencabar kami sehingga ke akhir saingan.

“Menjelang Hari Natal, saya amat gembira kerana kami masih di atas tanpa digugat pasukan lain. Namun, kami akui United boleh menumbangkan pasukan Arsenal mahupun Tottenham bagi meneruskan tekanan.

“Bagi saya, berada di puncak lebih baik sekqdar menghuni tangga kedua liga,” katanya.

City bakal bertandang ke tempat lawan menghadapi West Bromwich Albion pada Isnin ini untuk memburu kemenangan ke-15 liga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen