salawat serta salam kerana terbitnya blog yg telah lama aku idamkan,untuk meluahkan segala hasrat hati dan pandangan jiwa bila melihat warna2 dunia..



26 Disember 2011

KATAKAN TIDAK PADA VALANTINES DAY DAN APRIL FOOL DAY


agama islam merupakan antara agama yg mempunyai penganut yg ramai selain kristian di dunia,walaupun disetiap benua ataupun disetiap lautan,umat islam pasti wujud...namun serangan secara halus dri pihak agama lain telah byak menjerumuskan anak muda islam kearah kehancuran dan kesesatan..kita ambil contoh yg paling dekat..14 februari dan 1 april setiap tahun..ramai yg menyambut hari2 ini dengan pelbagai cara tersendiri termasuk yg beragama islam..walaupun telah jelas mengatakan bahawa 14 feb dan 1 apr adalah tidak harus diraikan oleh umat islam kerana pada hari2 itu mempunyai sejarahnya yg tersendiri dan mempunyai kaitan yg amat rapat dengan agama islam..

i. Valantine Day (kenapa kita tidak harus menyambutnya)
 - Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri...Disini telah jelas mengatakan yg valentine tidak harus disambut oleh penganut islam kerana ianya telah jelas..yg kristian mnyambutnya kerana memperingati isabella yg berjaya menumpaskan kerajaan islam pada masa itu..jika kita pun meraikannya,bukan kah ini bermakna kita juga meraikan bersama kejatuhan kerajaan islam di cardova pada 14 februari 270 masihi? maka ketawa lah penganut2 kristian kepada kita kerana berjaya memperbodohkan kita.

ii. April Fool (kenapa kita tidak harus menyambutnya)
 - Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada suatu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 Masihi bersamaan tahun 892 Hijrah.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 Masihi oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur membangun menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan pedalaman Perancis. Perancis Selatan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Sesungguhnya Islam telah menebarkan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu mulia dan rendah hati, ramai orang Sepanyol yang akhirnya menganut agama Islam dengan kerelaan mereka sendiri. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, malah bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup Islam. Bukan sekadar membaca Al-Qur’an, bahkan bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad. Subhanallah!
Namun demikian, selama tempoh itu juga, golongan kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam negara Sepanyol tanpa mengenal letih dan jemu. Malangnya, ikhtiar mereka kerap berakhir dengan kegagalan. Oleh itu dititipkan sejumlah detektif untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluki Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk Islam di Sepanyol (yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang bersembunyi di dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Pada mulanya, orang-orang Islam sangsi dengan tawaran tersebut. Beberapa orang wakil Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Akhirnya, setelah benar-benar melihat memang wujud kapal yang disediakan buat mereka, orang-orang Islam pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan belayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah mereka dengan membawa kesemua barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pengumuman tersebut telah memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah masing-masing. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bersembunyi di dalamnya. Allahuakbar!
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman………………
Tragedi ini berlaku pada tarikh 1 April. Peristiwa inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan di atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui tipu daya. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari tersebut ribuan saudara seiman kita disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka sesungguhnya dia sedang merayakan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi, awasilah sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahiliah ‘April Fool’ tanpa kalian sedari.

(sedikit sbyak info didalam ini didapati dri blog ini -http://arabmykrk.com)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen