salawat serta salam kerana terbitnya blog yg telah lama aku idamkan,untuk meluahkan segala hasrat hati dan pandangan jiwa bila melihat warna2 dunia..



05 April 2012

Kerusuhan,apa untungnya dan kesan kepada ekonomi??





Kerusuhan,pada waktu ini ia adalah pandangan yang biasa kita lihat di skrin TV,helaian surat khabar mahupun di internet.Semua media ini memperkatakan kerusuhan yg berlaku di Indonesia waktu ini,kerusuhan yang sememangnya membawa mudarat kepada negara itu telah tercetus baru-baru
ini oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menentang keras cadangan kerajaan untuk menaikkan harga bahan api,ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati golongan miskin yang sememangnya telah dihimpit oleh harga barangan runcit yang semakin mahal.

Anggaran 50% dari rakyat Indonesia adalah dari kalangan sederhana,25% lagi adalah dari golongan miskin dan miskin tegar manakala selebihnya adalah dari golongan kaya dan elit,purata pendapatan bagi seisi rumah pula dianggarkan rp2j sebulan bagi golongan sederhana,jadi kenaikan bahan api yang dicadangkan kerajaan memang mencetuskan kemarahan dan bantahan golongan-golongan ini.


Walaupun cadangan yang diusulkan kerajaan adalah kesan daripada kenaikan harga minyak dunia,namun tindakan yang dilakukan tidak seharusnya mendadak tanpa memikirkan rakyat yang akan menangung beban kos sara hidup yang tinggi,jika harga bahan api dinaikkan otomatis barangan lain juga akan mengalami kenaikan yang serupa.

Indonesia bukanlah negara termiskin didunia,namun tahap ekonominya juga bukanlah yang terbaik,walaupun mencatat kenaikan KDNK yang memberangsangkan diantara negara asean lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini,ianya belum cukup untuk mengubah lanskap dan gaya hidup rakyatnya.FDI yang diterima Indonesia juga belum boleh dibanggakan.sebenarnya kenaikan dan kejatuhan ekonomi sesebuah negara pasti akan mempengaruhi gaya hidup rakyatnya.
jadi persoalannya,mengapakah senario kelembapan ekonomi melanda Indonesia yang dahulunya merupakan antara negara yang sedang membangun di asia ?

jika kita lihat disini,kejatuhan indonesia dari sudut ekonomi bermula setelah perletakan jawatan orang yang bertangungjawab membawa indonesia bersaing diantara negara-negara asean lain tidak lain dan tidak bukan ialah soeharto,tidak dinafikan kejatuhan Soeharto atau sering dilabel sebagai bapa pembangunan itu telah memberi impak yang besar pada ekonomi indonesia,ditambah pula pada waktu itu politik telah diadukkan bersama,jadi perebutan kerusi presiden telah menjerumuskan pula indonesia kearah perarakan jalanan besar-besaran oleh parti-parti politik yg ingin berkuasa setelah kejatuhan Soeharto.





setelah kejatuhan soeharto sehingga ke hari ini indonesia telah menukar presiden mereka untuk kali yang ke-4,ini adalah kerana rakyat telah mempunyai kuasa untuk memilih dan bersuara berbanding pada zaman Soeharto,namun suara rakyat itu seringkali dibelakangi oleh anasir jahat dalam dan luar negara yang bertujuan mencetus suasana huru hara ataupun untuk kepentingan politik peribadi.

apakah kaitan ekonomi dan suara rakyat?dan apakah kaitan antara keamanan dan kemajuan sesebuah negara ? baiklah sy akan huraikan mengikut pandangan saya.
setelah rakyat berjaya menunjukkan yang mereka lebih berkuasa untuk menjatuhkan Soeharto,BJ.habibi,Gus Dur dan Megawati,mereka kini lebih gemar melakukan demo jalanan yang sering mereka lakukan sebelum ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka,terbaru mereka melakukan demo yang membantah kenaikan harga BBM,ya memang wajar mereka membantah namun mereka harus melakukannya dengan cara yang betul bukan seperti melakukan kekacauan denag membakar kereta,membaling batu pada polisi,dan merosakkan harta benda awam..mereka sebenarnya boleh membuat bantahan  melalui demo jalanan yang aman,penyerahan memorandum ataupun cara lain yang lebih menjurus kearah keamanan negara,ini kerana kekacauan yang ditimbulkan telah mengurangkan kedatangan pelancong asing dan pelabur yang ingin melabur di Indonesia,bukankah ini berkait rapat dengan ekonomi?jika pelancong semakin kurang,faedah dari tukaran mata wang asingdan pendapatan negara pasti akan berkurang dan menurun bgaimana pula jika pelabur lama meninggalkan negara manakala pelabur baru takut ingin melabur jika demo demi demo,protes demi protes terus menerus diadakan adakah ekonomi akan semakin baik?? dan adakah jumlah penganguran dapat dikurangkan?? kelakuan suara rakyat adalah segalanya adalah benar,namun suara dan demo yang ganas adalah tidak perlu sama sekali.


Manakala pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam menggelak rakyat berasa tidak puas hati dengan setiap tindak tanduk mereka.Seperti di Indonesia dunia sedia maklum bahawa rakyatnya gemar membuat demo jalanan yang menjurus kerarah keganasan..jadi pemimpin rakyat ini harus bijak memainkan peranan sebagai pemimpin yang bijak pandai dalam menangani isu-isu seperti ni,ambil contoh mengenai isu BBM yang membangkitkan kemarahan rakyat sekarang.pemimpin haruslah memahami kesusahan yang dihadapi oleh golongan bawahan jika kenaikan ini diteruskan,sesi bicara bersama rakyat harus diadakan sebelum pemimpin membuat keputusan yang membabitkan rakyat..sesi berdialog adalah yang paling sesuai kerana terus menghubungkan rakyat dan pemimpin secara terus,jika mengambil contoh dari negara jiran iaitu Malaysia,mereka mengambil langkah proaktif dengan menaikkan hanya bahan api Ron 97 dan tidak membebankan rakyat golongan sederhana mereka..pada kenaikan sebelum ini,Malaysia menaikkan harga bahan api secara berperingkat,ini kerana pemimpin mereka tahu apa yang rakyat mereka mahukan..justeru pemimpin tertinggi Indonesia perlu mencontohi contoh yang terbaik dari negara yang dapat mengekalkan keamanan dinegara mereka.


akhir sekali,jika pemimpin dan rakyat sering bertolak ansur demi kesejahteraan negara..pasti Indonesia juga akan mengecapi kemajuan dan keamanan tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen