salawat serta salam kerana terbitnya blog yg telah lama aku idamkan,untuk meluahkan segala hasrat hati dan pandangan jiwa bila melihat warna2 dunia..



04 Mac 2020

Persatuan kerinchi yang HARUS (Berjaya dan berdaya saing)




Setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai tujuan tertentu seperti melindungi ahli dan membantu ahli, terdapat juga persatuan yang mempunyai agenda dalam pelbagai bentuk yang menguntungkan ahli,di Malaysia sendiri ada ribuan persatuan telah didaftarkan dan persatuan bebas yg belum didaftarkan dan ada juga terdapat segelintir persatuan kecil yang sememangnya tidak berdaftar..

Apa yang ingin dibahas disini ialah persatuan yang berfungsi sebagai pelindung hak-hak dan memastikan ahli menerima manfaat yang sewajarnya..sebagai tajuk utama yang ingin saya bahaskan ialah  persatuan yang disertai oleh penduduk dan masyarakat kerinci lhulo gedang yang kini beroperasi di dua tempat berasingan iaitu di Malaysia dan Indonesia,sememangnya persatuan ini tidak besar kerana ia hanya persatuan penduduk.

Namun disebalik pro pasti ada kontra nya..ada penyokong ada juga pembangkang,saya tidak tahu saya adalah dari pihak mana, namun dari kaca mata saya sendiri melihat persatuan kita ini boleh dianggap persatuan yang gagal,saya berani berkata begitu kerana pada pandangan saya persatuan ini gagal membantu penduduk sepenuhnya,BANTU yg saya maksudkan ialah membantu ahli ataupun lebih akrab kita panggil membantu penduduk.

Persatuan ini gagal dalam membantu penduduk sama ada di malaysia mahupun  lhulo didalam membaik pulih ekonomi penduduk,formula yang ada pada persatuan ialah harus membantu ahli didalam menjana ekonomi yang lebih progresif,ini akan menaik taraf kehidupan ahli,juga akan memberi keuntungan pada persatuan.Namun persatuan ini tiadak mengambil langkah apa2 bagi menangani isu tersebut malah cuma bertindak secara agresif apabila negeri ditimpa bencana,ataupun apabila berlaku kematian sahaja,jika begitu persatuan kita ini wajar digelar persatuan kebajikan.Persatuan kita setakat ini cuma bertindak membuat keputusan apabila sejumlah dana diperlukan untuk itu dan ini sahaja,tiada idea untuk membaik pulih dan memajukan persatuan,sehinggakan setiap kali mesyuarat/rapat cuma ahli2 yang menyokong penuh ahli tertinggi sahaja dijemput hadir,manakala golongan penentang dan golongan pemuda yang bakal menerajui persatuan pada masa akan datang tidak dijemput,jadi ini kah persatuan yang berjaya??


Melihat lebih jauh membuatkan pendangan kita lebih luas,saya ingin mengambil contoh persatuan yang dipelopori oleh masyarakat minang dan mamak diMalaysia khasnya.

Minang,
-mereka mempunyai persatuan yang mengutamakan ekonomi dan kesejahteraan ahli
-membentuk satu tabung keusahawanan bagi membantu ahli dari golongan belia bagi memulakan perniagaan
-membentuk satu tabung koperasi bagi ahli
-mempunyai akses yang kuat dalam badan kerajaan (keturunan minang yg bekerja dikerajaan)

Mamak,
-mereka mempunyai persatuan yang mengutamakan ekonomi dan kesejahteraan ahli
-membantu warganya datang keMalaysia dan mendapatkan pekerjaan (terutama dalam bidang restoran        dimana mereka mempunyai ratusan restoran diMalaysia)
-mempunyai akses yang kuat dalam badan kerajaan.


Walaupun persatuan kita tidak sekuat persatuan Mamak,namun sekurang-kurangnya kita masih boleh menandingi persatuan masyarakat minang,ini kerana kita mempunyai kekuatan dan kelemahan yang sama dengan mereka,namun kelemahan persatuan kita adalah kerana persatuan kita ini cuma boleh diklasifikasikan sebagai persatuan kebajikan sahaja..seharusnya persatuan kita ini dirombak tujuan dan misinya agar memberi faedah kepada ahli.
kita mempunyai ramai masyarakat terdahulu yang telah lama menikmati kejayaan merantau dimalaysia ini,ada juga sesetengah dari golongan itu telah berjaya sehingga ke tahap menteri,ada yang masih patiotik darahnya ada juga yang lupa diri,namun bagi yang patriotik tidak pula tampil membantu dengan lebih kerap ataupun menyusup masuk didalam agenda persatuan,mereka yang kita gelar sebagai golongan bijak pandai ini juga menerima misi dan tindakan persatuan bulat2,seolah sekadar melihat sahaja..

Jika persatuan lebih bersifat terbuka dan matang dalam menerima setiap kritikan membina ahli pasti persatuan kita akan maju dan bukan ketinggalan jauh dari persatuan-persatuan yang memperjuangkan nasib ahli dan masyarakatnya,saya dan rakan2 juga mempunyai pendapat tersendiri namun bolehkah kami bersuara pada setiap mesyuarat/rapat yang diadakan?? kedengarankankah suara dan pandangan yang saya dan rakan-rakan lemparkan?? kami rasa tidak,kerana kami pasti akan dianggap sebagai pembangkang yang berhati keras dan tidak berpandangan jauh dan kami akan di pulau dari persatuan seperti kes-kes terdahulu dimana ada seorang ahli telah membangkang dan tidak bersetuju dengan hasil mesyuarat/rapat telah dipulau,sehingga beliau dan keluarga turut menerima nasib yang sama.sehinggakan beliau dan keluarga tidak dibenarkan mengguka apa2 kemudahan dalam negeri.

Jika diberi peluang,kami sebagai generasi seterusnya pasti akan mengambil peluang sepenuhnya bagi memperkemaskan persatuan agar dapat melangkah lebih jauh dan dapat membantu memajukan setiap ahli dalam kehidupan yang digelar "merantau" ini.


Apa yang perlu dilakukan oleh persatuan ( pendapat kami anak-anak muda persatuan)

1.mewujudkan sistem koperasi
2.menubuhkan tabung Bencana
3.menubuhkan tabung pendidikan
4.sistem demokrasi dalam pemilihan presiden/ketua

Memang agak keterlaluan permintaan2 ini,mungkin juga ada yang menganggap ia sebagai cadangan yang mengarut dan sukar dilaksanakan berikutan sifat ahli dan presiden sendiri,jadi disini saya akan merungkai dan menterjemahkan satu persatu setiap permintaan kami ini.

MEWUJUDKAN SISTEM KOPERASI
sistem koperasi telah diakui oleh mana-mana kerajaan sebagai sistem yang berjaya,malah kerajaan juga mengamalkan sistem ini di pelbagai badan kerajaan,untungnynya sistem ini kerana ahli diminta membayar yuran tahunan yang akan diguna untuk memajukan persatuan,sistem ini juga menganjurkan kutu-kutu bagi tabungan ahli dimana cuma 5% akan dipotong untuk keuntungan persatuan,kutu-kutu yang dianjurkan persatuan pastinya menarik minat ahli kerana persatuan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan berkuasa bagi menghukum ahli yang gagal membuat pembayaran,sistem koperasi ini juga membolehkan persatuan menubuhkan tabung saham yang akan berfungsi sebagai sumber kewangan utama persatuan,saham ini berfungsi dengan setiap ahli  (yang mahu sahaja) melabur dalam perancangan utama persatuan,sebagai contoh disini :-                                                                                                                                                                                                                                                                              -persatuan ingin membuka perniagaan seperti kedai runcit,jadi persatuan akan meminta ahli melabur bagi modal untuk projek tersebut,setelah perniagaan mula menunjukkan keuntungan maka ahli2 yang melabur tadi juga akan mendapat untung dari sebahagian keuntungan projek tersebut,persatuan boleh mengasingkan 10% keuntungan bagi tabung persatuan,10% bagi pusingan balik modal perniagaan persatuan dan 80% dibahagikan kepada setiap pelabur/ahli yang menyertai pada setiap 2 bulan..,namun setiap 2 bulan dan tahun,diharuskan diberi setiap ahli 1 salinan penyata2 keuntungan dan rugi perniagaan itu bagi rujukan ahli yang menyertai,ini akan mengelakkan ada dikalangan ahli yang tidak berpuas hati mengenai faedah/keuntungan yang diterima.
-membolehkankan juga ahli membuat pinjaman kepada persatuan atas sebab2 yang munasabah,ini dapat mengelakkan ahli dari membuat pinjaman luar yang jelas merugikan ahli kerana kadar faedah atau bunga yang lebih tinggi,pinjaman dari persatuan dikenakan kadar bunga yang amat rendah dan faedah pinjaman itu boleh diklasifikasikan sebagai keuntungan persatuan dimana ianya akan disalurkan didalam tabung persatuan.

jadi disini telah terbukti sistem koperasi ini sememangnya menguntungkan ahli-ahli persatuan,keuntungan yang diperoleh oleh pelbagai program anjuran persatuan juga boleh dimanfaatkan untuk kepentingan lain.

TABUNG BENCANA
Setakat ini tabung bencana cuma akan penuh apabila ada bencana yang melanda negeri mahupun ahlinya,namun tidak salah jika ditranformasikan tabung ini supaya lebih bermanfaat,bayangkan setiap kali ada bencana seperti gempa ataupun banjir melanda negeri baru lah sibuk persatuan ingin meminta sumbangan dari ahli2..bagaimana jika tabung bencana kita telah siap sedia dengan wang?? saya akui agak sukar dari segelintir ahli yang sudi mengeluakan derma oleh kerana sifat inilah sumbangan yang kerap dapat kita kumpulkan tidak mencukupi jumlahnya ataupun tidak memadai untuk membantu negeri dalam menghadapi bencana..tranformasi yang saya maksudkan ialah meminta sumbangan secara berperingkat seprti contoh:-

-memungut derma WAJIB secara berperingkat yakni setiap 3 bulan dan cuma RM10.00 setiap kepala dan dikhaskan kepada mereka yang bekerja sahaja,ini pasti tidak membebankan..
-derma pada kadar yg ditetapkan pada waktu bencana yakni serendah RM50 setiap seorang dan bagi yang ingin menderma lebih amat dialukan dan dikhaskan pada mereka yang bekerja sahaja.ini juga tidak membebankan.
-selain mempergunakan tabung bencana, sebahagian dari tabung persatuan yang diperoleh oleh sistem koperasi yang berjaya tadi juga boleh digunakan untuk tujuan derma pada waktu bencana.


TABUNG PENDIDIKAN
Diwujukan bagi membantu dalam melahirkan insan yang lebih cemerlang dari golongan anak-anak ahli,kita juga mengetahui kos pembelajaran di malaysia adalah tinggi berbanding indonesia,oleh kerana itu lah tabung sebegini wajib dilaksanakan,tabung ini membantu anak-anak ahli dari keluarga yang kurang senang (kaya) melanjutkan pelajaran mereka ketahap yang tinggi,kerana mereka jugalah yang akan menerajui persatuan ini dan mengharumkan nama negeri kelak dengan ilmu yang mereka perolehi..tabung ini juga boleh dilaksanakan dengan cara derma secara berskala tadi..yakni setiap 3 bulan sekali dan cuma RM10 setiap ahli,namun tabung ini tidak WAJIB,yang bermaksud mana2 ahli yang ingin menghulurkan derma seikhlas hati sahaja..sumber lain tabung ini adalah melalui sistem koperasi yang berjaya selain usaha mendapatkan derma melalui pelbagai program,,persatuan juga boleh memohon derma dari pihak2 yang berwajib ataupun melalui internet (yang akan dikelolakan/dikendalikan oleh badan tertinggi persatuan)

SISTEM DEMOKRASI DALAM PEMILIHAN PRESIDEN/KETUA
Seperti yang mula2 saya katakan tadi ada pro dan kontra dalam setiap persatuan yakni ada penyokong dan pembangkang,,jadi untuk mengelakkan perpecahan dan perselisihan faham dalam persatuan wajar dilaksanakan undi bagi setiap 2 tahun untuk memilih ketua baru ataupun mengekalkan ketua sedia ada..ini yang dinamakan demokrasi yakni kebebasan ahli dalam membuat pilihan.. kerana ada juga yang tidak dapat menerima kendalian seseorang ketua untuk jangka masa yang panjang..kadangkala dilihat sebagai tidak berfungsi ataupun tidak menjalankan tanggungjawab..bukan niat saya untuk mengatakan bahawa ketua sekarang tidak berfungsi.tapi ada sesetengah ahli inginkan kelainan dalam persatuan..kami juga ingin melihat persatuan menjadi persatuan yang berjaya..dan dalam setiap permintaan kami,organisasi dalaman perlu juga digubal/diubah seperti cadangan kami ini,sebagai contoh carta organisasi :-

-Presiden/ketua
(memastikan agenda persatuan sentiasa maju kehadapan dan mementingkan ahli)
-Penasihat ketua1 dan penasihat ketua 2
(memberi nasihat dan pandangan yang bernas kepada ketua untuk dipertinbangkan)
-Bendahari kewangan
(berfungsi sebagai bank,mempunyai akses yang penuh kepada wang persatuan,bertangungjawab melaporkan setiap keuntungan dan kerugian dialami persatuan)
-Ketua pemuda
(menjadikan pemuda sebagai generasi yang sihat dan berdaya saing)
-Naib ketua pemuda
(membantu ketua pemuda dalam setiap program)
-Ketua siber
(menguruskan laman web persatuan,promosi,memperkenalkan dan tabung bantuan)
-AJK persatuan
(membantu dalam semua program yang dianjurkan persatuan)

Jadi persatuan yang kuat bergantung kepada kepimpinan seorang ketua yang berwibawa dan tidak mementingkan diri sendiri.tujuan kami membentangkan isu ini adalahkerana ingin melihat kemajuan persatuan dan ahli dimana kami ingin melihat sebahagian dari ahli mampu untuk bersaing dalam konteks "merantau"ini.diharap lembaran ini tidak menyinggung mana ahli tertinggi.sekian sekilas pandandan dari kami anak2 muda LHULO..dan maaf sekiranya ada bahasa yang kurang difahami kerana saya dan rakan2 tidak fasih berbahasa indonesia kerana terlalu lama menetap disini (malaysia).


assalamualaikum.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

komen